
Hari ini kita berada di planet bumi. Satu ruang atau masa yang dilalui oleh manusia. Ia berkait rapat dengan pengalaman hidup. Di dalam perjalanan ini, kita perlukan idea-idea atau pendapat saintifik untuk mengenali alam ini. Idea dan pemikiran yang ringkas mahupun tercanggih demi membantu kita berinteraksi dengan alam ini. Ia juga ada kaitan dengan teknologi dan imaginasi manusia. Kita mampu hidup tanpa pengetahuan fizik di dunia ini, tetapi kita tidak mampu melihat kecantikan alam ini tanpa fizik. Penerokaan alam ini sekurang-kurang dapat memberi kesedaran tentang kehebatan Pencipta Alam ini.
Perlu atau tidak perlu? Jika kita tidak perlukan teknologi di dunia ini, kita tidak perlu ambil tahu tentang fizik. Fizik sarat dengan teori, rumusan dan matematiknya. Kecintaan lahir melalui pengorbanan. Kalau perlu korban masa, tenaga dan wang ringgit. Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kesusahan dan kesukaran mampu memberi kelazatan dan kepuasan yang tinggi kepada pelajarnya.
Perlu atau tidak perlu? Ada pelajar-pelajar mengalami trauma bila disebut matapelajaran fizik kesan dari pengalaman lalu yang selalu memberi keputusan gagal dan sederhana semasa di bangku persekolahan. Ada yang kecewa dengan konsep fizik yang gagal memberi impak dan imaginasi yang mantap kerana persembahan ilmu fizik yang dicampuradukkan dengan kesilapan seperti 'misconception'. Nak belajar fizik. Betulkan niat dan objektifnya. Semoga diberi petunjuk ke arah kebenaran.

No comments:
Post a Comment