Thursday, May 27, 2010

Refleksi pensyarah baru Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.

Bermulanya PNP...

10 Mei 2010 lalu - Cuba menceriakan suasana dan mengaktifkan program LDK. Terima kasih kepada anak-anak rakan pembantu yang  membantu saya melaksanakan LDK.

Bila satu kumpulan berjumlah lebih dari 25 orang, personal touch untuk setiap pelajar baru kurang. Kelemahan itu ketara bila dilakukan dalam bilik darjah dan aturan kerusi meja yang tidak membantu melicinkan pergerakan semasa LDK. So ia kembali menjadi static dan hambar.

I try my best. To err is human but practice makes perfect. Finally good luck to the new batch of students with new aspiration. Welcome to matrix time...

Wednesday, October 28, 2009

Kajian tindakan - kenapa perlu diambil peduli?

Seorang pendidik masuk ke kelas. Adakah terfikir di benak mindanya setiap kali bersua dengan anak-anak didiknya sebenarnya mereka itu adalah tokoh-tokoh ilmuwan, ahli perniagaan dan pemimpin. Apa yang terpampang di depan pendidik adalah wajah-wajah manusia yang menyerupai pemalas, pemberontak, penjenayah, perogol dan pembunuh bayi.

Jika bayangan imaginasi ini masih kabur yang tidak mampu dicelikkan oleh akal dan mata hati pendidik, bagaimanakah pendidik itu dikatakan memiliki wawasan yang unggul.

Jikalau pendidik itu hanya risau menanti gaji di akhir bulan dan bonus di akhir tahun untuk dirancang apakah model kereta baru menjadi habuannya, apakah itu kenyataan yang perlu dilalui oleh pendidik?

Adakah wujud kepuasan yang lebih hebat bila melihat anak didiknya yang jahil lagi degil berubah menjadi insan yang kamil?

Adakah wujud kesedihan yang lebih hebat bila melihat anak didiknya harapan ibu dan ayah hanyut di dalam budaya-budaya kuning lagi menjelikkan dan tidak memiliki akhlak yang luhur suci?

Kerisauan, perancangan dan tindakan seorang pendidik itu boleh dikisahkan dan dibentangkan untuk menjadi perkongsian ilmu yang merapatkan lagi hubungan professional antara komuniti pendidik.

Konflik bakal menyerlah. Jadual kerja makin menimbun. Namun di sebalik kepenatan dan kesusahan seorang pendidik, ada kelazatan dan keindahan yang akan melenyapkan segala keperitan menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik.

Gred gaji pendidik mungkin tidak akan berganjak. Imbuhan dan ganjaran kewangan mungkin tersadai di takuk yang lama. Namun balasan yang menanti pendidik adalah lebih istimewa. Itulah yang menguji niat keikhlasan dan keyakinan seorang pendidik. Yakinkah seorang pendidik yang beriman bahwa ilmu yang dikongsikannya bakal menjadi saksi yang menyelamatkannya dari azab sengsara akhirat. Yakinkah seorang pendidikyang beriman itu kajian tindakannya itu adalah dokumen yang menjadi saksi pembela kepadanya ketika berada di mahkamah perbicaraan di padang Mahsyar nanti?

Pokok pangkalnya adalah iman. Iman mampu membantu pendidik menjadi seorang yang sukakan kajian tindakan. Iman mampu melonjakkan pendidik ke martabat yang tinggi dan bukanlah peminta sedekah. Dan iman juga mampu melazatkan usaha pendidik di dalam meneroka alam kajian tindakan. Tidakkah gitu?

Perlukah kita kenal fizik?


Hari ini kita berada di planet bumi. Satu ruang atau masa yang dilalui oleh manusia. Ia berkait rapat dengan pengalaman hidup. Di dalam perjalanan ini, kita perlukan idea-idea atau pendapat saintifik untuk mengenali alam ini. Idea dan pemikiran yang ringkas mahupun tercanggih demi membantu kita berinteraksi dengan alam ini. Ia juga ada kaitan dengan teknologi dan imaginasi manusia. Kita mampu hidup tanpa pengetahuan fizik di dunia ini, tetapi kita tidak mampu melihat kecantikan alam ini tanpa fizik. Penerokaan alam ini sekurang-kurang dapat memberi kesedaran tentang kehebatan Pencipta Alam ini.

Perlu atau tidak perlu? Jika kita tidak perlukan teknologi di dunia ini, kita tidak perlu ambil tahu tentang fizik. Fizik sarat dengan teori, rumusan dan matematiknya. Kecintaan lahir melalui pengorbanan. Kalau perlu korban masa, tenaga dan wang ringgit. Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kesusahan dan kesukaran mampu memberi kelazatan dan kepuasan yang tinggi kepada pelajarnya.

Perlu atau tidak perlu? Ada pelajar-pelajar mengalami trauma bila disebut matapelajaran fizik kesan dari pengalaman lalu yang selalu memberi keputusan gagal dan sederhana semasa di bangku persekolahan. Ada yang kecewa dengan konsep fizik yang gagal memberi impak dan imaginasi yang mantap kerana persembahan ilmu fizik yang dicampuradukkan dengan kesilapan seperti 'misconception'. Nak belajar fizik. Betulkan niat dan objektifnya. Semoga diberi petunjuk ke arah kebenaran.